Like3x !! :D

Saturday, October 30, 2010

CIRI-CIRI WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI =>

Dear dairy...

today i malas la nak update blog... tp buat jugak sebab terase nak update.. da lame x post ape2 kan..

hem..nak crite pasal ape ni? xde idea ler.. jap ea..nk fikir..

15 minit kemudian...

aha! yeah, diary, i know nak crite psal ape.. sepanjang bberape hari ni.. i ade buat bbrape pmerhatian. u nak tau pmerhatian ape, diary? okey, i ckap..pemerhatian tentang ''ciri-ciri wanita yang tidak disukai lelaki''.  cewah..mcam best jer kan? haha.. ok.. dsini ade bbrape ciri yang i nak nyatekan.. x tau la ciri2 ni boleh blah ker tak.. haha..ok2.. layan...zass..^^

CIRI-CIRI WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI

  1. TERGEDIK-GEDIK
  2. PISAU CUKUR
  3. SUKA CABAR LELAKI
  4. QUEEN CONTROL
  5. KUAT MEMBEBEL
  6. PENGOTOR
  7. TUTUP AURAT TAPI MACAM X TUTUP
  8. BAJEK CUN
  9. SUKA MENGUMPAT
  10. SOMBONG X TENTU PASAL
  11. MEROKOK
  12. LAYAN LELAKI MACAM ALAS KAKI
  13. SUKA MENUNJUK-NUNJUK UTK MENDPAT PERHATIAN
  14. X BOLEH TERIMA TEGURAN DARIPADA LELAKI
  15. HIPOKRIT
  16. MENYEBOK NAK TAU HAL PERIBADI LELAKI
  17. KURANG SIFAT KASIH SAYANG
  18. X BERTANGGUNGJAWAB
  19. BILIK BERSEPAH
  20. SUKA BERSOSIAL TANPA BATASAN
  21. MANJA SANGAT SAMPAI LELAKI MENYAMPAH
  22. MALAS/X TAHU MEMASAK
  23. BOROS
  24. MAKE UP TEBAL
  25. SUKA MENIPU
  26. TIDAK MATANG
  27. TIDAK BERSIKAP KEIBUAN
  28. GANAS
  29. TIDAK MENGHORMATI LELAKI
  30. TIDAK MENGHORMATI ORANG LAIN
  31. BIADAP
  32. BERCAKAP SECARA KASAR
  33. TERLALU KEBUDAK-BUDAKAN
  34. PERASAN
  35. TERLALU BAIK
  36. TIDAK JUJUR
  37. TUNJUK LEMAH DIHADAPAN LELAKI
  38. KUAT CEMBURU
  39. KERAS KEPALA
  40. TIDAK ROMANTIK
  41. METARIALISTIK
  42. MATA DUITAN
  43. TIDAK AMANAH
  44. TAKDE HARGA DIRI
  45. LESBIAN
  46. TOMBOY
  47. SUKA MAINKAN HATI LELAKI
  48. LIAR
  49. TERLEBIH KUNO
  50. GILA
ok2...cukup la tu..dah banyak da..hihi. terlebih-lebih pulak i ni kan, diary? haha..

Ok, di sini i nak nyatakan bhawa BUKAN SEMUA sekali ciri2 di ats tu yg lelaki x suke ye.. segelintir shaja.. ok.. ade x ciri2 trsbut yg ade dlam dri korang? haha... siape yg brani mengaku dri die(prempuan ye) yg tiada satu pun ciri2 di ats.. yg ade pde korang...,haha.. aq tabik spring ar!! ini bukan zaman rasulullah la beb! wakeup2! jgan nk hipokrit.. walaupun dlm hati sndri... ish2... apelah yg i merepek nih kan? huhu..^^

ok la.. smpai di sni sje lah... bye.. gud nite diary! muahh! ^_^

Wednesday, October 20, 2010

Terasa Malas

Dear diary,
  Dah lame aku x post ape2 dalam blog aq nih. blog baru lah katekan. hem..aq mane lah ade mase nak update diary aq ni hari2 kan.. yelah, aq ni dah la bdak skolah(cewah, rahsia terbongkar), minggu depan 29/10/2010 nak periksa akhir tahun pulak tuh! lagipun, x de idea la nk tulis ape dalam nih. hari2 benda yang same je berlaku dalam hidup aq. hari ni aku rase sungguh malas! x tau lah kenape. mungkin sebab......hurm...
tiba-tiba...

terdengar satu suara yang sungguh nyaring dari belakangku...

"woi, kau bile lagi nak shutdown laptop tu hah! hampir pecah skrin die stiap mase menghadap muke kau jer!! kau tau x skarang ni dah maghrib? kau x dengar atok kau laung azan dekat surau tuh? kau tengok jam sekarang! tengok! dah pkul berape? pukul 7:15pm! bile lagi kau nak mandi ni ha!! pergi shutdown, mandi, solat skrang! lepas tu x makan pon xpe. yang tu aq x kesah...(ceh!) lebih baik kau gerak sekarang sebelom laptop tu aku hempas atas lantai depan mate kau!! pergi!! ..................."

"..." suasana sunyi sepi. cengkerik pon x brani nak berbunyi.


aku menutup laptp tanpa shutdown. ketakutan.

lantas mandi...

solat maghrib..

solat isyak.

kecil hati dengan kata2nya.."lepastu x mkan pon xpe. yg tu aku x kesah".. lalu aku langsung tidak menuju ke dapur.

buat homework.. (masih dalam keadaan terpinga-pinga)

message kawan..tanye kerja yang kurang faham.

perut terasa lapar..masih merajuk dalam diam.

terasa bengang dengan bberapa hmework yg kurang faham lalu menyumbatnya ke dalam beg sekolah.

gosok/setereka/iron baju sekolah..sambil berangan tentang makanan.

siap sepuluh minit. baring atas katil. x tau nak buat ape. on9 Fb? Blog? no way man! bace novel? semua dah habis dibaca dlam rumah ni. ulangkaji? mase buat homework dah sekaligus ulangkaji. hehe...

lalu menaip di keypad henfon.. reply mesej kawan. panjang jugak aku taip. laju. dan berbunyi seperti. tik..tik..tik..tik..tik.. lalu tekan 'Send'...

tiba2... "your message cannot be sent. please reload your number. tq"....

(T_T)...........

tapi aq dah cipta karangan baik punye nak reply mesej kwan aq nih! lalu mencampakkn nya ke atas katil.

perut sedang menyanyi lagu rock. haha.. jam sedang menunjukan waktu 11:00pm.

tutup suis lampu bilik. seludup ke dearah dapur secara senyap2.

"bebola 1 ke bebola 2..sss.. kelihatan tiada sesiapa di dapur.sss..over..ss.."

makan sehingga nasi didalam periuk nasi habis. Woha!

pkul 11:30pm, tidur dengan lena nya.... Bismillah.......:)


Ok semua...gud nite.. sweet dreams.. Assalamualaikum...

Tuesday, October 12, 2010

Wednesday, October 6, 2010

My Diary

Dear diary,
Ini adalah post aku yang pertama. Nampaknya aku dah ada 'diary' baru, 'Online Diary'. Hehe... Herm.. sudah larut malam aku berjaga. Nampaknya aku tak boleh la nak tulis panjang2, sebab aku merasa mataku ini sungguh berat seperti ada syaitan yang bertenggek atas bulu mataku yang lentik ini. haha.. Badanku terasa sungguh lenguh dan sengal2 seperti dipenyek oleh orang sumo.. Otakku terasa blurr... Tengok, kan aku ah mengarut malam2 nih.. Oklah out dulu. Sampai di sini sahaja lah warkah adinda buat kekanda yang berada jauh diparantauan. Semoga kekanda Diary sentiasa berada dalam keadaan 'internet access'.. Sekali lagi aku mencarut. Haha... Chaw.. =>